Kajian Lenovo Dan IDC Memperlihatkan Impak COVID-19 Terhadap Industri Pendidikan

Kajian Lenovo Dan IDC Memperlihatkan Impak COVID-19 Terhadap Industri Pendidikan

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Sejak wabak COVID-19 mula merebak dengan cepat di Malaysia, rantau Asia dan dunia, diantara industri yang paling terkesan akibat wabak pandemik ini ialah sektor pendidikan.

Sektor pendidikan boleh dilihat sebagai salah satu sektor yang menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu dimana pembelajaran jarak jauh dilihat sebagai satu-satunya cara untuk para pelajar dan tenaga pengajar kembali meneruskan aktiviti pembelajaran dan tidak membazir masa mereka.

Lenovo bersama-sama dengan IDC InfoBrief telah hadir dengan sebuah laporan yang bertajuk Reimagining the Future of Learning in the Digital
Era
yang memperlihatkan bagaimana wabak COVID-19 telah mempercepatkan proses pendigitalan pendidikan dengan pesat sekali.

Pihak Lenovo mengatakan bahawa walaupun terdapat banyak matapelajaran yang boleh diajar dan dipelajari secara atas-talian, masih terdapat matapelajaran-matapelajaran teknikal yang masih memerlukan kehadiran fizikal para pelajar di kampus seperti kursus kejuruteraan dan perubatan.

Pihak universiti dan kolej sedang giat berusaha untuk mengubahsuai kurikulum mereka untuk memastikan para pelajar boleh mendapatkan pendidikan terbaik untuk menyiap-sediakan diri mereka untuk memasuki industri-industri mereka kelak.

Menurut IDC InfoBrief, 35 peratus daripada kolej dan universiti yang ditemu-ramah berkata mereka ingin memperbaiki kemampuan dari segi proses dan perisian seperti penggunaan teknologi telesidang untuk menjalankan kelas atas-talian.

30 peratus kolej ingin melaburkan wang kedalam sistem keselamatan digital untuk memastikan maklumat sulit para pelajar dan tenaga pengajar tidak tertiris di arena web, manakala 20 peratus daripada mereka ingin memperbaiki prestasi dari segi proses pengurusan dalaman mereka.

Lenovo mengatakan lagi bahawa institusi-institusi pengajian ini perlu menggunakan gabungan kedua-dua peranti dan juga sistem pembelajaran yang sahsiah dan selamat.

Ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana industri ini terpaksa mempercepatkan pelan untuk membangunkan proses pembelajaran digital yang memerlukan pelan yang sangat teliti.

Lenovo mengatakan bahawa dengan penyelidikan dan persediaan yang mencukupi, proses pemindahan kelas-kelas fizikal ke atas-talian akan memastikan proses pendidikan pelajar dan guru hanya akan menerima impak yang minima.

Dengan ini, Lenovo bukan sahaja mempunyai program BYOD, tetapi juga sistem pembelajaran pintar yang boleh dimanfaatkan oleh tenaga pengajar dan juga para pelajar.

Dengan pengenalan sistem BYOD ini oleh pihak-pihak seperti Lenovo, tenaga pengajar dan pengurusan industri pengajian bolehlah memfokuskan usaha mereka dalam membangunkan silibus yang menggabungkan pembelajaran jarak jauh dan juga dalam kelas.



TIPS & ULASAN