Google Maps Bakal Hadir Dengan Mod Memandu – Rekaan Antaramuka Mirip Android Auto

Google Maps Bakal Hadir Dengan Mod Memandu – Rekaan Antaramuka Mirip Android Auto

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Google Maps adalah aplikasi peta kegemaran kami. Walaupun Waze lebih baik, tetapi dari segi ciri, fungsi dan antaramuka – Google Maps adalah lebih matang. Tidak dinafikan, apabila menggunakan Google Maps di dalam kereta kawalan adalah sedikit sukar. Kerana antaramuka adalah seperti mod telefon pintar sahaja. Aplikasi seperti Spotify dan banyak lagi sudah ada mod memandu, tetapi aplikasi yang kerap digunakan ketika memandu masih menggunakan antaramuka seperti tidak memandu.

Google baru-baru ini dilihat menguji mod memandu untuk Google Maps. Apa yang menarik adalah, mod memandu ini menggunakan antaramuka yang mirip Android Auto. Antaramuka ini menurut sumber, sudah dijangka akan tiba kerana ia menggantikan mod Assistant Driving Mode. Di laman utama Google Maps ada ikon besar untuk paggilan telefon, mesej, pemain muzik, atau juga aplikasi podcast. Aplikasi panggilan telefon ini memaparkan tiga kenalan dan tiga panggilan telefon terakhir. Turut disediakan adalah butang Call someone else yang mana mungkin adalah untuk mendail kenalan lain. Turut kelihatan adalah antaramuka khusus untuk YouTube Music.

Di bahagian bawah ada tiga butang, satu adalah arahan suara, satu lagi laman utama dan satu lagi membuka terus Google Maps. Tetapi seperti kebanyakan aplikasi Google, kemaksini ini diedarkan secara berperingkat dan belum diperkenalkan secara meluas. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN