Google Kini Mewajibkan Pembangun Aplikasi Untuk Menggunakan Sistem Pembelian Dalam Aplikasi Mereka

Google Kini Mewajibkan Pembangun Aplikasi Untuk Menggunakan Sistem Pembelian Dalam Aplikasi Mereka

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Proses membeli atau melanggan perkhidmatan untuk aplikasi adalah sedikit bercelaru pada platform Android. Ada yang menggunakan sistem pembelian dalam aplikasi (IAP) Google dan ada juga yang tidak menggunakannya seperti Netflix. Tetapi kini Google akan mewajibkan semua pembangun aplikasi untuk menggunakan sistem AIP mereka.

Menurut Google, 97% pembangun aplikasi di Play Store telahpun menggunakan sistem IAP mereka. Kesemua aplikasi yang diterbitkan selepas Jan 20 wajib menggunakan sistem IAP ini. Aplikasi yang belum menggunakannya diberikan tempoh sehingga 20 September 2021 untuk berpindah ke sistem IAP yang sama.

Sebanyak 3% pembangun tidak menggunakan sistem ini kerana tidak mahu memberi 30% bayaran langganan kepada Google. Ini ialah perkara yang sama dilakukan oleh Apple yang menyebabkan mereka menerima rungutan dari Epic Games dan Spotify. Google mengambil potongan ini atas sebab untuk menjalankan Play Store serta pelbagai sistem keselamatan yang dikenakan seperti Play Protect.



TIPS & ULASAN