Carian
Tesla Diperkatakan Ingin Mendapatkan Pegangan Pada Perniagaan Bateri LG
September 29, 2020 Aman

Tesla, salah satu pengeluar kereta elektrik terkemuka kini diperkatakan sedang dalam persiapan untuk mengambil-alih sedikit pegangan pada LG Energy Solution – perniagaan yang akan diasingkan oleh LG Chem.

LG Chem merupakan pengeluar bateri terkemuka yang menawarkan bateri untuk Tesla dan juga General Motors.

Dengan langkah pengambil-alihan pegangan pada LG Energy Solution, ia akan memberikan bekalan bateri yang lebih stabil untuk pengeluaran kenderaan Tesla.

Buat masa ini, Tesla mendapatkan bateri daripada beberapa pihak, termasuk Panasonic dan juga CATL, selain LG Chem. Pengambil-alihan pegangan ini dijangka suatu perkara yang biasa dalam terus mengukuhkan kedudukan dan bekalan untuk Tesla – apatah lagi bateri memainkan peranan penting dalam arena kenderaan elektrik.

Seperti biasa, ia diperkatakan perbincangan masih pada peringkat awal, dan tidak diketahui lagi sama ada pengambil-alihan ini akan berhasil atau sebaliknya.

Komen