Bermula tahun ini telah terdapat pelbagai petanda Apple tidak akan lagi menyertakan pengecas dengan setiap pembelian iPhone. Kami sendiri meramalkan pada tahun 2021, langkah Apple ini akan menjadi ikutan industri kerana ramai pengguna sudahpun mempunyai lebih dari satu pengecas di rumah. Bagi menghadapi dunia pasca pengecas percuma ini, pembelian satu pengecas untuk semua sudah boleh dipertimbangkan.
HyperJuice ialah pengecas modular galium nitrat (GaN) yang paling unik pernah kami lihat. Ia hadir dalam dua versi iaitu 100W dan 65W. Kerana rekaan modular, setiap pengecas boleh disambungkan di antara satu-sama lain sekaligus hanya memerlukan satu palam kuasa untuk membekalkan kuasa kepada semua.

Sehingga 16 HyperJuice boleh disusun seperti batu bata di atas satu sama lain secara serentak. Setiap pengecas 100W hadir dengan tiga UBS-C dan satu USB-A. Versi 65W pula hadir dengan dua USB-C dan satu USB-A. Dengan kata lain HyperJuice mampu memberikan sokongan pengecasan sehingga 1600W dan menawarkan 58 palam USB.
Masalah kekurangan palam kuasa dan port USB terhapus dengan HyperJuice. Pada waktu ini HyperJuice masih mengumpul dana menerusi lama biayasama Kickstarter dan ditawarkan pada harga bermula dari $48 (~RM200) sebuah.