Google Messages Kelak Akan Memudahkan Anda Memadam SMS OTP Secara Automatik Selepas 24 Jam

Google Messages Kelak Akan Memudahkan Anda Memadam SMS OTP Secara Automatik Selepas 24 Jam

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Pada hari ini, SMS boleh dikatakan agak jarang digunakan – melainkan untuk tujuan pengesahan dwi-faktor oleh pelbagai perkhidmatan internet. Kebiasaannya, perkhidmatan internet akan menghantar SMS berbentuk kata laluan sekali penggunaan (OTP) ke nombor telefon pengguna, dan perlu diinput untuk mengakses perkhidmatan berkenaan.

Selepasnya, kebiasannya, SMS berkenaan tidak lagi diperlukan. Tetapi, dari segi pengguna, kadang-kala SMS berkenaan tidak dipadam dan hanya memenuhkan inbox kotak permesejan sahaja.

Terbaru, aplikasi Google Messages ingin memudahkan pengurusan SMS yang membolehkan pengguna memadam OTP selepas 24 jam anda menerimanya secara automatik.

Langkah ini akan mengosongkan lagi kotak inbox SMS, dan memadam sebarang mesej berbentuk sementara atau tidak diiperlukan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkan ciri ini secara rasminya kepada pengguna aplikasi Google Messages.



TIPS & ULASAN