Carian
Amazon One Membenarkan Pembayaran Dengan Hanya Mengimbas Telapak Tangan
September 29, 2020 Effi Saharudin

Di China imbasan wajah untuk meluluskan pembayaran telah digunakan secara meluas untuk pada pelbagai jenis perniagaan. Malahan imbasan wajah telah digunakan untuk mengehadkan jumlah tisu tandas yang boleh digunakan di tandas awam. Sistem pengecaman wajah mempunyai reputasi negatif di negara barat kerana isu privasi. Oleh itu Amazon One diumumkan hari ini yang menggunakan sistem pengecaman telapak tangan.

Menurut Amazon pengecasan telapak tangan adalah lebih selamat kerana secara lamzinya adalah sukar untuk insan biasa mengecam rupa telapak tangan seseorang sekaligus meningkatkan privasi. Pada peringkat awal Amazon One akan digunakan di pasaraya Amazon Go milik Amazon di Seattle terlebih dahulu.

Ini ialah rangkaian pasar raya yang sudahpun menggunakan sistem pengecaman pengguna berdasarkan peranti yang membolehkan mereka membeli belah tanpa membayar di kaunter. Sistem Amazon One akan diperkenalkan secara berperingkat ke kesemua Amazon Go dalam masa terdekat.

Pengguna hanya perlu mengimbas telapak tangan sekali untuk mendaftar di kaunter dan memasukkan maklumat pembayaran kad kredit. Selepas itu mereka bebas melakukan pembayaran dengan menggunakan telapak tangan. Seperti Amazon Go, Amazon akan menawarkan sistem Amazon One ini kepada perniagaan yang berminat.

Komen