Barisan Komputer Riba ThinkBook Baru Lenovo Diperkenalkan Dengan Sokongan CPU Intel Tiger Lake

Barisan Komputer Riba ThinkBook Baru Lenovo Diperkenalkan Dengan Sokongan CPU Intel Tiger Lake

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Barisan komputer riba daripada Lenovo sememangnya terkenal dengan prestasi berkualiti, di samping boleh dianggap berbaloi kerana terdapat sejumlah produknya yang ditawarkan pada harga mampu milik. Lenovo kini dilihat telah mengemas kini barisan komputer riba mereka menerusi pengenalan ThinkBook 13s Gen 2, ThinkBook 14s Yoga dan ThinkBook 15 Gen 2. Ketiga-tiga model ini hadir dengan CPU Intel Core generasi ke-11, selain dilengkapi reka bentuk yang unik bersama binaan nampak premium.

ThinkBook 13s Gen 2 :

ThinkBook 13s Gen 2 hadir dengan paparan berukuran 13.3-inci IPS dengan resolusi skrin WQXGA (2560 x 1600 piksel) dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90%. Paparan ini turut dilengkapi sokongan tambahan Dolby Vision HDR dan gamut warna 100 peratus SRGB dengan kecerahan 300nits.

Untuk spesifikasi, ia hadir dengan pilihan CPU Intel Core i7 generasi ke-11 dan AMD Ryzen 4000. Perkakasan dalaman ini turut digabungkan dengan memori sehingga 16GB RAM LPDDR4X dan storan 1TB M.2 PCIe Gen4 SSD. ThinkBook 13s Gen 2 juga dilengkapi sokongan dengan pilihan grafik Intel Iris Xe / Integrated AMD Radeon, menjalankan Windows 10 Pro dan bateri 56Wh dengan pengecas 65W menerusi port USB-C. ThinkBook 13s Gen 2 i ditawarkan pada harga bermula $829 (~RM3,444).

ThinkBook 14s Yoga :

ThinkBook 14s Yoga pula hadir dengan paparan berukuran 14-inci dengan resolusi WVA FHD (1920 x 1080 piksel) . Paparan ini turut dilengkapi sokongan tambahan Dolby Vision dan gamut warna 100 peratus sRGB dengan kecerahan 300nits.

Untuk spesifikasi, ia hadir dengan pilihan sehingga Intel Core i7 generasi ke-11. Komputer riba ini juga digabungkan dengan konfigurasi memori sehingga 40GB RAM DDR4 3200MHz dan storan storan DWI SSD – setiap slot menyokong sehingga 1TB PCIe. Di samping itu, ThinkBook 14s Yoga juga menjalankan Windows 10 Pro, sokongan untuk Wi-Fi 6, pilihan grafik Intel Iris Xe / Intel UHD, bateri 60Wh dengan pengecas 65W menerusi port USB-C. ThinkBook 14s Yoga i ditawarkan pada harga bermula $879 (~RM3,652)

ThinkBook 15 Gen 2 :

Seterusnya adalah ThinkBook 15 Gen 2. Komputer riba ini turut hadir dengan pilihan CPU Intel Core i7 generasi ke-11 dan AMD Ryzen 4000. Paparannya di sini dilengkapi skrin bersaiz 15.6-inci dengan resolusi sehingga FHD (1920 x 1080).

Untuk spesifikasi, komputer riba ini turut digabungkan dengan konfigurasi memori sehingga 40GB RAM DDR4, 3200MHz dan storan sehingga 1TB M.2 PCIe Gen4 SSD. Pilihan grafik pula adalah Integrated AMD Radeon (untuk versi AMD), manakala Intel Iris Xe, Intel UHD / NVIDIA GeForce MX450 untuk versi Intel. Kapasiti baterinya pula adalah 60Wh dengan pengecas 65W menerusi port USB-C, selain menyokong Windows 10 Pro dan ditawarkan pada harga bermula $569 (~RM2364).



TIPS & ULASAN