Xiaomi memperkenalkan Kasut “Mi Athleisure Shoes”

Xiaomi memperkenalkan Kasut “Mi Athleisure Shoes”

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan sejumlah produk baru untuk pasaran India, termasuk salah satunya adalah kasut mereka tersendiri dinamakan Mi Athleisure Shoes.

Kasut ini direka untuk penggunaan bersenam, berlari, mahupun untuk penggunaan kasual. Xiaomi mengatakan ia menawarkan rekaan yang baik untuk kaki, termasuk dengan cengkaman yang selesa melaluinya.

Xiaomi Mi Athleisure Shoes

Kasut ini hadir dalam tiga pilihan warna, dan ditawarkan pada harga 1499 Rupee, iaitu sekitar RM85. Langkah pengenalan kasut secara global ini memperlihatkan Xiaomi kini lebih menekankan jenama mereka sebagai jenama gaya hidup dan telah mula menawarkan produk gaya hidup pada peringkat global.



TIPS & ULASAN