Latar Masa Kemaskini Peranti Nokia Ke Android 11 Tertiris

Latar Masa Kemaskini Peranti Nokia Ke Android 11 Tertiris

Diterbitkan pada Sep 30, 2020 oleh .

HMD Global diberikan lesen untuk mengeluarkan telefon pintar menggunakan jenama Nokia sejak tiga tahun lalu. Mereka agak konsisten dalam memberikan kemas kini kepada kesemua peranti selama dua tahun pasca pelancaran.

Semalam akaun HMD Global telah menghantar ciapan yang menunjukkan latar masa pemberian kemas kini ke Android 11 yang kemudiannya dipadam.

Sebanyak 14 peranti akan dikemaskini ke Android 11 yang akan bermula suku ini sehingga suku kedua 2020. Nokia 8.3 5G, 72.2, 5.3, dan 8.1 adalah yang terawal menerimanya. Sedikit aneh peranti mercu Nokia 9 Pureview hanya akan menerima Android 11 pada suku kedua 2021. Memandangkan ciapan telah dipadam mungkin latar masa ini akan diubah oleh HMD Global kelak.



TIPS & ULASAN