Xiaomi Mi Smart Speaker Versi Global Dilancarkan – Pembesar Suara Pintar Google Assistant Pertama Xiaomi

Xiaomi Mi Smart Speaker Versi Global Dilancarkan – Pembesar Suara Pintar Google Assistant Pertama Xiaomi

Diterbitkan pada Sep 30, 2020 oleh .

Xiaomi Mi Smart Speaker adalah pembesar suara pintar pertama Google dengan Google Assistant terbina serta menyokong Chromecast. Selama ini, pembesar suara pintar hanya hadir dengan Xiao AI terbina dan terhad di pasaran China sahaja. Dengan penawaran versi global, Xiaomi akan bersaing dengan jenama Mobvoi, Jabra, Google dan banyak lagi.

Pembesar suara ini menggunakan pemacu audio 2.5-inci dengan kuasa output 12W. Ia turut menggunakan cip pemproses audio dari Texas Instrument HiFi serta menyokong codec DTS. Ia hadir dengan dua mikrofon jarak jauh untuk seruan Google Assistant, panel sentuhan dengan empat butang kawalan dan juga lingkaran lampu LED seakan Alexa tetapi indikasi untuk pengaktifan Google Assistant. Pembesar suara ini menggunakan WiFi dan juga Bluetooth dan turut boleh dijadikan sebagai set stereo jika memiliki dua unit.

Harga jualan adalah ₹3,999, iaitu sekitar RM255. Ia adalah harga kompetitif yang mana Google Nest Mini generasi kedua juga adalahs ekitar harga tersebut. Ini menjadikan Mi Smart Speaker lebih berbaloi. Walau bagaimanapun, disebabkan pasaran Malaysia tidak begitu terkenal dengan pembesar suara pintar – tidak pasti jika ia akan dilancarkan di sini atau tidak.



TIPS & ULASAN