GIGABYTE Memperkenalkan Komputer Padat BRIX Pro Yang Dikuasakan CPU Intel Tiger Lake

GIGABYTE Memperkenalkan Komputer Padat BRIX Pro Yang Dikuasakan CPU Intel Tiger Lake

Diterbitkan pada Sep 30, 2020 oleh .

Intel memperkenalkan siri CPU generasi ke-11 mereka, Tiger Lake untuk menguasakan komputer-komputer riba moden. GIGABYTE, sebuah syarikat pembuat komponen komputer dan komputer riba yang terkenal nampaknya menggunakan cip pemprosesan ini dengan cara yang sedikit berbeza.

Mereka baru-baru ini memperkenalkan GIGABYTE BRIX Pro, iaitu sebuah komputer padat seakan-akan produk NUC (Next Unit of Computing) keluaran Intel, dimana ia adalah sebuah komputer desktop dalam rekaan kotak yang kecil.

Komputer ini dikuasakan pilihan CPU Intel Core i3-1115G4, Intel Core i5-1135G7 dan Intel Core i7-1165G7. Ia mempunyai dua slot untuk memori DDR4 yang menyokong jumlah memori sehingga 64GB. Dari segi storan, bergantung kepada model yang dipilih, ia hadir dengan dua slot M.2 PCIe 4.0 ataupun PCIe 3.0 dan SATA III. Ia juga mempunyai palam SATA III tambahan jika storan lebih banyak diperlukan.

Seperti komputer-komputer riba yang dikuasakan CPU Intel, komputer BRIX Pro hadir dengan sokongan untuk palam Thunderbolt 4, USB 3.2 dan juga WiFi6. Ia juga dilengkapi empat palam HDMI juga yang membolehkannya disambung ke beberapa paparan sekaligus.

Buat masa ini GIGABYTE masih belum mengumumkan lagi bilakah mereka akan mula menjual komputer ini.



TIPS & ULASAN