Google Melanjutkan Penawaran Google Meet Secara Percuma Sehingga 31 Mac 2021

Google Melanjutkan Penawaran Google Meet Secara Percuma Sehingga 31 Mac 2021

Diterbitkan pada Sep 30, 2020 oleh .

Google sebelum ini telah menawarakn akses percuma kepada perkhidmatan panggilan telesidang mereka, Google Meet sehingga 30 September 2021. Apa pun, dengan penghujung tahun yang semakin dekat, dan memudahkan pengguna kekal berhubung dengan yang tersayang ketika musim cuti, Google melanjutkan penawaran perkhidmatan panggilan telesidang mereka secara percuma.

Google mengatakan mereka akan menawarkan Google Meet secara percuma untuk pengguna GMail sehingga 31 Mac 2021 kelak.

Dengan langkah ini, anda boleh membuat panggilan video secara percuma kepada rakan-rakan dan ahli keluarga sehingga 31 Mac 2021 kelak tanpa perlu membayar.



TIPS & ULASAN