Bagi memastikan pengguna OKU tidak terasa ketinggalan pada platform mereka, Twitter mengesahkan sedang membangunkan sokongan transkripsi audio dan video pada platform mereka.
Ciri ini akan hadir selepas ciri menghantar ciapan dalam bentuk audio diberikan pada semua. Pada waktu ini sokongan ciapan dalam bentuk audio diberikan kepada sebilangan pengguna iOS sahaja bagi mengumpul maklum balas dari pengguna.
Menerusi ciri transkripsi, OKU pendengaran serta penglihatan akhirnya dalam menonton video dan mendapatkan maklumat dari ciapan audio kelak. Kebanyakan sokongan sari kata di Twitter kini dilakukan sendiri secara manual oleh penerbit video.