Cari @ Amanz

Pengecasan pantas secara nirwayar kini digunakan secara meluas. Di dalam kereta pula sistem pengecasan nirwayar masih belum digunakan secara meluas dan majoritinya masih menggunakan format pengecasan yang perlahan. Di acara Auto China 2020 minggu ini, Oppo mengumumkan teknologi pengecasan AirVOOC mereka bakal digunakan di dalam kereta.

Sistem pengecasan nirwayar dengan kuasa 40W ini akan digunakan dalam kenderaan menerusi pelesenan dengan syarikat Adayo. Adayo ialah syarikat uang menghasilkan sistem infohibur dalam kenderaan. Dengan penggunaan sistem AirVOOC dalam kereta, pemilik peranti Oppo boleh mengecas tanpa perlu berhadapan dengan masalah wayar berselirat dan pengecasan yang perlahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd