Kerajaan sebelum ini telah menawarkan kredit ePenjana sebanyak RM50 melalui dompet digital terpilih – sebagai usaha mengalakkan perbelanjaan, disamping menggunakan transaksi nirsentuh.
Kredit RM50 ini telah ditawarkan melalui dompet digital Boost, Grab dan juga Touch n Go eWallet. Seperti dinyatakan ketika awal penawaran, kredit ini perlulah digunakan sebelum 30 September 2020 – iaitu hari ini.
Bagi anda yang masih belum habis menggunakan kredit berkenaan, digalakkan menggunakannya hari ini. Sekiranya anda mempunyai baki kredit yang tidak digunakan, kredit berkenaan akan dipulangkan kembali dari akaun anda kepada pihak berkuasa selepas 30 September 2020 ini.