Guna TV LG? LG Malaysia Umum Program Gantian Papan Kuasa Untuk 18 Model TV OLED
LG

Guna TV LG? LG Malaysia Umum Program Gantian Papan Kuasa Untuk 18 Model TV OLED

Diterbitkan pada Sep 30, 2020 oleh .

LG kini telah mengumumkan mereka akan gantikan papan kuasa untuk 18 model TV OLED keluaran mereka antara tahun 2016 sehingga 2019 yang lepas.

LG mengatakan program gantian ini diadakan dalam usaha mengelak masalah kepanasan yang mungkin hadir pada model-model berkaitan.

Bagi anda yang menggunakan model televisyen LG berkaitan, anda boleh menghubungi pihak LG melalui talian 1800-822-822, dan menguruskan proses gantian papann kuasa pada televisyen berkaitan.



TIPS & ULASAN