Microsoft Memperkenalkan Ciri Merakam Skrin Pada Microsoft Edge

Microsoft Memperkenalkan Ciri Merakam Skrin Pada Microsoft Edge

Diterbitkan pada Sep 30, 2020 oleh .

Microsoft kini telah memperkenalkan ciri merakamkan gambar web (atau skrin) pada pelayar web Microsoft Edge.

Untuk menggunakannya, anda boleh ke menu tetapan, dan memilih Web Capture. Sebaik sahaja anda mengaksesnya, anda boleh memilih ruangan yang anda ingin rakamkan gambar skrinnya.

Seterusnya, anda akan diberikan pilihan untuk Copy ia kepada clipboard, atau memilih untuk Preview dan kemudiannya menyimpan pada komputer anda.

Ciri Web Capture pada Microsoft Edge ini ditawarkan pada versi Canary dan Dev buat masa ini, dan dijangka diperkenalkan untuk semua tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN