DBKL : Selamat Tinggal Pembayaran Parkir Secara Mesin, Menggunakan Aplikasi Sepenuhnya Bermula 1 Oktober

DBKL : Selamat Tinggal Pembayaran Parkir Secara Mesin, Menggunakan Aplikasi Sepenuhnya Bermula 1 Oktober

Diterbitkan pada Sep 30, 2020 oleh .

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini telah mengumumkan yang mana 30 September 2020 adalah tarikh akhir untuk penggunaan pembayaran tempat letak kenderaan secara mesin. Bermula esok, 1 Oktober 2020, pembayaran tempat letak kenderaan di bahu jalan akan menggunakan aplikasi sepenuhnya.

Empat aplikasi boleh digunakan untuk tujuan ini, iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash.

Menariknya, dalam memudahkan pengguna, DBKL turut mengatakan mereka akan turut mengintegrasikan sokongan pembayaran tempat letak kenderaan menggunakan Boost atau Touch n Go eWallet.

Dengan langkah ini, Kuala Lumpur menjadi antara yang terawal membuang kaedah pembayaran tempat letak kenderaan menggunakan mesin dan beralih ke era baharu sepenuhnya. Mungkinkah kita akan turut melihat kaedah sama diimplementasikan di negeri lain pada masa akan datang?



TIPS & ULASAN