Instagram Dan Facebook Messenger Kini Menyokong Penghantran Mesej Rentas Platform

Instagram Dan Facebook Messenger Kini Menyokong Penghantran Mesej Rentas Platform

Diterbitkan pada Sep 30, 2020 oleh .

Setelah dijanjikan oleh Facebook tahun lalu, Facebook akhirnya mengaktifkan ciri menghantar mesej rentas platform di antara Facebook dan Instagram hari ini,

Dengan pengaktifannya hari ini, pengguna Facebook Messenger boleh menghantar mesej kepada pengguna Instagram kerana sistem yang kini digabungkan. Ini boleh dilakukan walaupun pengguna Instagram misalnya tidak memuat turun Facebook Messenger pada peranti pintar.

Selain menghantar mesej mereka juga boleh melakukan panggilan suara, panggilan video, mengakses ciri mesej dipadam selepas tempoh masa tertentu, menukar warna teks perbualan, menghantar reaksi dan menonton video bersama. Anda hanya perlu mengemaskini aplikasi ke versi terkini untuk menikmati ciri ini.

Seterusnya Facebook akan mengintegrasikan pula WhatsApp bagi membolehkan triniti aplikasi milik mereka menghantar mesej secara rentas platform,.



TIPS & ULASAN