Carian
Google TV Dilancarkan – Sistem TV Pintar Dengan Kuasa Google Assistant
October 1, 2020 Fahim Zahar

Pada tahun 2010, Google memperkenalkan sistem operasi untuk televisyen pintar – Google TV. Beberapa tahun selepas ia dilancarkan, Google mematikan Google TV kerana ingin satukan dengan Android – lalu Android TV dilancarkan. Android TV telah digunakan selama 7 tahun dengan versi terkini yang stabil berasaskan Android 9. Selepas hampir setahun versi Android 10 diuji, akhirnya versi stabil diperkenalkan dengan nama lama yang dikembalikan – Google TV.

Menurut Google, kelak kesemua produk Chromecast akan menyertakan perisian ini bagi memudahkan lagi pengguna. Dalam Google TV, ia memfokuskan kepada hiburan. Setiap kawalan dalam Google TV dikuasakan dengan sistem kecerdasan buatan dan Google Assistant. Pengguna boleh membuat arahan suara untuk tonton siri TV selepas menonton rancangan siaran langsung, membuat peringatan, dan banyak lagi.

Komen