Google Menamatkan Jualan Chromecast Ultra – Fokus Kepada Google TV

Google Menamatkan Jualan Chromecast Ultra – Fokus Kepada Google TV

Diterbitkan pada Okt 1, 2020 oleh .

Chromecast adalah peranti dari Google yang membenarkan pengguna memancarkan skrin peranti ke paparan lain. Teknik ini diberi nama cast yang mana turut terbina dengan banyak produk Android TV atau televisyen pintar. Chromecast paling mahal adalah, Chromecast Ultra – yang mana menyokong penstriman 4K dan mampu cast kandungan 4K juga. Ia juga merupakan produk Chromecast pertama yang menyokong Stadia.

Terkini, Google telah menamatkan jualan Chromecast Ultra ini. Ini kerana, ia dijual pada harga yang mahal dan produk terbaru mereka – Chromecast for Android TV adalah lebih murah dan lebih berkuasa. Dengan memberi laluan kepada Chromecast baru ini, banyak kedai yang menjual Chromecast lama ini menyenaraikan sebagai kehabisan stok.

Kelak, semua produk Chromecast akan mempunyai sokongan Google TV bagi memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik.



TIPS & ULASAN