Pixel 4a 5G dan Pixel 5 adalah dua peranti kelas pertengahan baru Google yang dilancarkan pada malam tadi. Ia adalah peranti dengan skrin OLED yang turut menyokong paparan HDR. Kedua-dua peranti ini mempunyai fokus berbeza, seperti 4a 5G hanya 60Hz dan Pixel 5 pula 90Hz.
Tetapi, apa yang pasti adalah kedua-dua peranti ini menyokong penstriman kandungan HDR di Netflix. Laman web bantuan Netflix telah dikemaskini dengan menyenaraikan dua peranti ini sebagai peranti yang menyokongan kandunagn HDR. Tahun ini dilihat menjadi trend, di mana peranti kelas pertengahan menyokong format paparan ini.