Carian
Pixel 5 Adalah Peranti Pertama Dengan Panel Aluminium Menyokong Pengecasan Nirwayar
October 1, 2020 Fahim Zahar

Pixel 5 adalah peranti kelas pertengahan premium, yang mana menawarkan sokongan perlindungan IP68, pengecasan nirwyar dan juga pengecasan nirwayar berbalik. Peranti ini turut dibina dari bahan binaan aluminium dengan kemasan matte.

Jadi bagaimana peranti dengan panel belakang aluminium boleh menyokong pengecasan nirwayar? Ini kerana, Google sekali lagi menggunakan dwi-bahan pada panel belakang peranti. Kali ini ia digelar sebagai Bio-Resin, atau lebih mudah faham – ia adalah sejenis plastik. Panel belakang aluminium ini mempunyai bingkai bio-resin bagi melindungi gegelung pengecasan nirwayar serta bateri bersaiz 4,080mAh. Ia kemudian disalut dengan cat matte yang menjadikan panel belakang ini seakan satu bahan sahaja.

Pada Pixel 3, Google menggunakan rekaan dwi-tona – cuma kali ini warna satu tona bahan binaan sahaja dwi-bahan.

Komen