Xiaomi pada minggu ini telah memperkenalkan Xiaomi Mi 10T Pro. Telefon pintar ini bakal dilancarkan di Malaysia pada 6 Oktober kelak, dan kini Xiaomi hadir dengan gambar acah, mengatakan ia akan berharga kurang RM2,000.
Melalui gambar acah yang dikongsikan, model Mi 10T Pro dengan 8GB RAM dan 256GB dilihat membawakan tanda harga RM1xxx.

Xiaomi Mi 10T Pro dilengkapi skrin LCD bersaiz 6.67-inci dengan sokongan kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 865, dan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W. Telefon pintar ini turut hadir dengan kamera utama 108-megapixel, selain sejumlah penawaran khusus untuk rakaman gambar dan video.
Dengan harga jualan kurang RM2k, semestinya ia akan menjadi antara peranti mercu yang menjadi tumpuan ramai pada tahun ini.

Sama-sama kita nantikan 6 Oktober ini untuk melihat sendiri harga jualan Mi 10T Pro di Malaysia.