Carian
Poco C3 Akan Diperkenalkan Pada 6 Oktober Ini
October 1, 2020 Amy Maizuraa

Perkongsian sebuah entri di laman Twitter Poco India hari ini mengesahkan bahawa sebuah lagi peranti pintar terbaru di bawah jenama ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Dikenali sebagai Poco C3, pelancaran peranti ini dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober ini.

Namun begitu, entri tersebut tidak pula mendedahkan sebarang spesifikasi mengenainya. Sebaliknya, pihak Poco hanya memuat naik sebuah video pendek berdurasi 13 saat dengan slogan “Game Changer” bersama tarikh pelancaran peranti. Bagaimanapun, jika diperhatikan dengan teliti pada imej belakang di dalam video tersebut ia seakan memberi gambaran kasar mengenai rekaannya. Di mana, peranti ini berkemungkinan hadir dengan sokongan empat kamera utama dan paparan hadapan berlubang.

Benar atau tidak, segalanya akan terjawab pada pelancaran rasmi kelak. Dalam masa sama, kami menjangkakan sejumlah ciri padanya bakal tertiris dalam masa terdekat ini.

Komen