WhatsApp Kini Membolehkan Anda Membisukan Seseorang Atau Group Untuk Selamanya

WhatsApp Kini Membolehkan Anda Membisukan Seseorang Atau Group Untuk Selamanya

Diterbitkan pada Okt 1, 2020 oleh .

WhatsApp sebelum ini sekadar memberikan pilihan untuk membisukan seseorang pengguna atau WhatsApp Group sama ada untuk lapan jam, seminggu atau setahun sahaja. Tetapi, kini, perkhidmatan permesejan berkenaan membuat sedikit perubahan pada penawaran mereka.

Melalui kemaskini terbaru, kini anda boleh membisukan rakan atau sesuatu Group kepada lapan jam, seminggu atau selamanya.

Ciri untuk membisukan selamanya ini menggantikan pilihan untuk setahun sebelum ini. Kemaskini baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna WhatsApp Beta terlebih dahulu, dan dijangka ditawarkan kepada pengguna versi stabil tidak lama lagi.

Bagi anda, adakah anda mengemari ciri baru ini?



TIPS & ULASAN