Kini Anda Boleh Isi Minyak Di Stesen Petronas Melalui Aplikasi Boost

Kini Anda Boleh Isi Minyak Di Stesen Petronas Melalui Aplikasi Boost

Diterbitkan pada Okt 1, 2020 oleh .

Ramai sedia maklum berkenaan aplikasi Setel yang memudahkan anda membuat isi minyak di stesen Petronas seluruh negara. Melaluinya, anda boleh melaksanakan isian secara nirsentuh terus melalui telefon pintar anda, dan memantau perbelanjaan minyak anda.

Menariknya, kini selain menggunakan aplikasi Setel, anda turut boleh menggunakan kaedah alternatif untuk tujuan sama, iaitu melalui aplikasi Boost.

Boost kini mengintegrasikan Setel terus padanya, dan memudahkan anda membuat dan menguruskan isian minyak di stesen Petronas.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu ke menu Transport, dan memilih Setel. Seterusnya, anda akan diperlihatkan lokasi berhampiran untuk mengisi minyak, dan boleh meneruskan pengisian dengan membuat pembelian melalui pembayaran Boost.

Menariknya, untuk sementara waktu, pihak Boost turut memberikan pulangan tunai 10% apabila membuat pengisian minima RM30 melalui aplikasi berkenaan.



TIPS & ULASAN