Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah memperkenalkan komputer riba terbaru mereka, iaitu Surface Pro X. Ia menawarkan kemaskini kepada versi sebelum ini, hadir dengan dijana cip berasaskan ARM, iaitu SQ2.

Surface Pro X menggunakan skrin bersaiz 13-inci PixelSense, menggunakan sistem operasi Windows 10 Home ARM, menawarkan pilihan memori sehingga 16GB RAM, selain storan sehingga 512GB.

Surface Pro X ini dikatakan menawarkan bateri sehingga 15 jam lamanya, selain turut menyertakan ciri popular Windows lain seperti Windows Hello.

Dengan penawaran baru ini, dan gaya hidup norma baharu, ia menjadikan Surface Pro X antara peranti baik untuk mereka yang bekerja diluar, dan perlukan peranti untuk panggilan telesidang.

Surface Pro X juga kini hadir dengan kemasan Platinum. Seperti sebelum ini, ia turut hadir dengan aksesori berupa  papan kekunci dan juga Surface Slim Pen.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengumumkan penawaran Surface Pro X ini untuk pasaran Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd