Microsoft Hadir Dengan Surface Laptop Go Dengan Skrin 12.4-inci

Microsoft Hadir Dengan Surface Laptop Go Dengan Skrin 12.4-inci

Diterbitkan pada Okt 1, 2020 oleh .

Microsoft sebelum ini telah hadir dengan Surface Laptop Go, iaitu komputer riba pada harga lebih mampu-milik berbanding penawaran komputer riba Surface Laptop yang sedikit mahal.

Surface Laptop Go hadir dengan skrin 12.4-inci pada resolusi 1536×1024 pixel, serta dijana cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-10. Ini sekaligus membolehkan komputer riba ini menawarkan prestasi lebih tinggi berbanding Surface Go sebelum ini.

Ia turut hadir dengan penawaran memori sehingga 8GB RAM, selain storan 128GB SSD. Melengkapkan ia juga adalah sebuah kamera web 720p, serta pengimbas cap jari untuk sekuriti.

Buat masa ini, harga jualan tempatan untuk komputer riba terbaru Microsoft ini masih tidak diketahui lagi.



TIPS & ULASAN