Cari @ Amanz

Microsoft Windows 10 versi ARM telah dilancarkan beberapa tahun yang lalu bagi menyokong cip pemproses keluaran Qualcomm. Perubahan ke ARM ini adalah bagi meningkatkan hayat bateri dan sokongan selular yang lebih baik bagi membolehkan komputer Windows berfungsi pantas seperti telefon pintar. Tetapi satu kekurangan yang nyata ialah tiadanya sokongan perisian yang dibangunkan untuk x64.

Semasa pelancaran Surface Pro X terbaru semalam, Microsoft mengesahkan pembangunan pelagak (emulator) untuk perisian yang menggunakan x64 untuk Windows 10 versi ARM. Versi awal pelagak perisian x64 akan diberikan kepada pengguna Windows Insider Program pada bulan November sebelum diberikan kepada semua pada tahun 2021.

Microsoft juga sedang melakukan usahasama rapat dengan Acer, HP, Lenovo dan Samsung bagi memastikan perisian x64 akan dapat digunakan dengan lancar pada peranti keluaran mereka. Pada waktu ini hanya perisian 32-bit berasaskan X86 sahaja boleh dijalankan menggunakan pelagak Windows 10 ARM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd