Carian
“Vanish Mode” Di Instagram Membolehkan Mesej Terpadam Secara Automatik
October 2, 2020 Amy Maizuraa

Instagram antara salah satu aplikasi media sosial yang sering menjadi pilihan ramai pengguna untuk berkongsi pelbagai minat dan aktiviti harian. Dalam usaha memberi yang terbaik buat penggunanya, Instagram kini dilihat telah dikemaskini dengan sejumlah fungsi menarik terbaru.

Salah satu daripadanya adalah Vanish Mode, ciri pemesejan baru yang membolehkan mesej dihantar hilang sepenuhnya secara automatik selepas dibaca atau keluar daripada ruang sembang. Melaluinya, pengguna boleh menghantar mesej peribadi yang tidak akan meninggalkan sebarang sejarah sembang pada ruang tersebut ketika mod ini diaktifkan. Untuk mengaktifkan mod ini, pengguna hanya perlu membuka ruang sembang, kemudian tatal ke atas dan seterunya mod ini akan diaktifkan secara automatik.

Ia tidak tehad kepada teks sahaja, sebaliknya pengguna juga boleh menghantar pelbagai jenis bentuk mesej termasuk foto, video, audio dan sebagainya. Namun begitu, apabila salah seorang daripada anda membuat tangkap layar mesej dalam mod tersebut. Akan terdapat satu notifikasi / amaran yang memberitahu bahawa terdapat tangkap layar telah dibuat.

Konsep yang digunakan oleh Instagram ini adalah hampir sama dengan konsep salah satu fungsi pada aplikasi Snapchat dan fungsi New Secret Chat pada Telegram – yang mana membolehkan pengguna menghantar mesej dan kemudiannya ia akan terpadam secara automatik dalam masa beberapa saat tanpa meninggalkan sebarang sejarah sembang.

Seterusnya, antara ciri menarik lain yang turut diperkenalkan oleh Instagram termasuklah komunikasi restas aplikasi, kebolehan tontonan video bersama, pelekat lebih menarik, kawalan untuk mesej secara langsung dan sebagainya. Dengan kemas kini baharu ini, anda kini mempunyai pilihan dan kawalan lebih flesibel untuk menguruskan privasi sendiri.

Komen