Netflix Hanya Membenarkan Penstriman 4K Pada Mac Yang Mempunyai Cip Sekuriti T2

Netflix Hanya Membenarkan Penstriman 4K Pada Mac Yang Mempunyai Cip Sekuriti T2

Diterbitkan pada Okt 2, 2020 oleh .

Apple bakal menawarkan kemaskini macOS Big Sur untuk pengguna Mac tidak lama lagi, dimana salah satu ciri yang akan hadir bersama dengannya adalah kebolehan penstriman langsung Netflix dalam resolusi 4K.

Namun, agak mendukacitakan kerana bukan semua Mac yang menyokong penstriman berkenaan. Netflix mengatakan pengguna memerlukan komputer Mac yang mempunyai cip sekuriti T2 untuk tujuan berkenaan.

Hal ini sekaligus memperlihatkan hanya komputer Mac versi 2018 dan terkini sahaja yang akan menyokongnya. Antara yang akan disokong adalah model MacBook Pro 2018 dan terbaru, MacBook Air 2018 dan terbaru, Mac Pro 2019, iMac Pro, Mac Mini 2018 dan juga iMac 2020.

Sebab utama disebalik kriteria ini tidak diketahui lagi, tetapi diperkatakan mungkin disebabkan oleh kebolehan pemprosesan video HEVC dengan pantas melaluinya – yang mmana mungkin membantu pihak Netflix dalam strim kandungan 4K.



TIPS & ULASAN