Vivo X50 Pro+ Rangkul 127 Mata Untuk Kamera Utama – Duduki Tangga Tiga Teratas Dalam Carta DxoMark

Vivo X50 Pro+ Rangkul 127 Mata Untuk Kamera Utama – Duduki Tangga Tiga Teratas Dalam Carta DxoMark

Diterbitkan pada Okt 2, 2020 oleh .

Pengenalan Vivo X50 Pro+ lebih memfokuskan kepada kemampuan fotografi yang lebih baik. Keunikan yang terletak pada peranti ini adalah penggunaan sensor 50MP Samsung ISOCELL GN1 sudah cukup besar. Melaluinya, ia didatangkan dengan penstabilan imej elektronik terbina untuk penghasilan rakaman yang baik.

Terkini, DxoMark telah mengemaskini laman webnya dengan laporan terbaru untuk Vivo X50 Pro+ dan peranti ini dilihat berjaya merangkul sebanyak 127 mata untuk kamera utamanya. Ia dilihat menduduki tangga ketiga dalam carta DxoMark – sekaligus mengalahkan Honor 30 Pro+ dan juga Oppo Find X2 Pro. Keputusan ujian menunjukkan Vivo X50 Pro+ berjaya mencatatkan 139 mata untuk kemampuan fotografi dan 104 mata pula untuk kemampuan video.

Pujian diberikan kepada kemampuan kamera menghasilkan gambar dengan perincian baik bersama hingar yang minima meskipun dalam pencahayaan rendah. Seterusnya, imbangan putih yang konsisten serta semula jadi, julat dinamik yang luas dan keupayaan zum pada tahap memuaskan. Kritikan pula diberikan kepada penghasilan warna yang kurang memuaskan dan kesan artifak apabila menggunakan mod zum.

Vivo X50 Pro+ tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Namun begitu, anda masih boleh mendapatkan Vivo X50 (RM2,399) dan Vivo X50 Pro (RM3,199) yang kini telah pun berada di pasaran. 



TIPS & ULASAN