Cari @ Amanz

Sistem pengawasan sekarang hadir dengan banyak ciri-ciri baru yang membantu meningkatkan keselamatan premis-premis. Dengan sistem kecerdasan buatan, ia boleh menjejak muka seseorang apabila dikesan didalam lingkungan sistem sekuriti video.

Walaupun begitu, satu kekangan ketara ialah komponen storan cakera keras yang biasanya tidak mampu menampung proses kerja yang diperlukan untuk menyimpan rakaman video, menayangkannya dan menggunakan proses kecerdasan buatan tersebut sekaligus.

Seagate baru-baru ini telah memperkenalkan cakera keras pengawasan terbaru mereka, iaitu Seagate SkyHawk AI 18 yang dibangunkan khusus untuk sistem pengawasan keselamatan yang terbaru.

Ia hadir dengan storan sebesar 18TB, dan menjanjikan kadar penggunaan 550TB setahun. Storan ini mampu menggerakkan 32 strim kecerdasan buatan dan 64 strim video sekaligus tanpa memudaratkan sistem keselamatan dan storan yang turut menyimpan rakaman video yang diambil.

Cakera keras Seagate SkyHawk AI ini sudah mula dijual di beberapa lokasi terpilih pada harga $510 (~RM2040) setiap satu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd