Cari @ Amanz

Google TV adalah sistem Android TV serba baharu, yang mana kelak ia akan diedarkan kepada semua peranti Android TV sedia ada. Buat masa ini, ia terhad kepada produk Chromecast sahaja – seperti Chromecast with Google TV.

Google TV menawarkan satu antaramuka serba baharu, yang mana semua kandungan video tidak kira filem, siri TV, animasi – dicadangkan terus ke skrin utama. Jadi, pengguna tidak lagi perlu pening kepala membuka Netflix cari kandungan, kemudian bukan Prime Video cari cerita lain dan seterusnya. Skrin utama Google TV akan terus mencadangkan kandungan yang bersesuaian dengan pengguna. Terkini, Google telah berkongsi senarai aplikasi yang menyokong antaramuka ini;

  • ABC
  • Amazon Prime Video
  • AMC
  • A&E
  • CBS All Access
  • Crackle
  • Comedy Central
  • HBO Max
  • History
  • Lifetime
  • MTV
  • NBC
  • Netflix
  • TNT
  • Tubi
  • DC Universe
  • Disney NOW
  • Disney+
  • Epix Now
  • Fox Now
  • Hulu
  • HBO Go
  • Pluto TV
  • Showtime
  • Showtime Anytime
  • Sling TV
  • Starz
  • TBS
  • The CW
  • TVVH1
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd