Cari @ Amanz

Secara kebiasaannya, apabila syarikat-syarikat seperti AMD dan NVIDIA melancarkan siri kad grafik mereka, ia akan tiba untuk komputer-komputer desktop sebelum model untuk komputer riba diperkenalkan.

Nampaknya salah satu daripada cip grafik keluaran NVIDIA untuk komputer riba telahpun tertiris ke arena internet melalui seorang pengguna Twitter.

Cip grafik tersebut dilaporkan menggunakan cip grafik NV GA-104, iaitu cip sama yang akan digunakan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Malah, cip grafik yang diperlihatkan ini ialah GPU untuk NVIDIA GeForce RTX 3070 untuk komputer riba, yang nampaknya sedang melalui ujian pengesahan.

Buat masa ini ia tidak diketahui apakah spesifikasi khusus cip grafik RTX 3070 untuk komputer riba ini. Ia mungkin hadir dengan jumlah teras CUDA dan Ansel yang sama dengan kad grafik asal.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah NVIDIA akan mengumumkan ketibaan kad grafik RTX 3000 untuk komputer riba, tetapi ramai yang menjangkakan bahawa pengumuman pertama akan diperlihatkan di acara CES 2021 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd