MissionGO Melengkapkan Penerbangan Penghantaran Organ Terpanjang Menggunakan Dron

MissionGO Melengkapkan Penerbangan Penghantaran Organ Terpanjang Menggunakan Dron

Diterbitkan pada Okt 2, 2020 oleh .

MissionGO, syarikat logistik dan perkhidmatan penghantaran barang menggunakan dron baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah melengkapkan dua misi penghantaran organ di Nevada baru-baru ini.

Misi pertama ialah penghantaran kornea mata diantara Southern Hills Hospital dan Dignity Health – St. Rose Dominican yang berjarak sekitar 4.5km.

Misi kedua pula penghantaran ginjal untuk tujuan penyelidikan daripada sebuah lapangan terbang di Las Vegas ke sebuah lokasi di kawasan luar bandar Las Vegas.

Penghantaran organ kedua ini dikatakan adalah misi penerbangan penghantaran yang terpanjang setakat ini menggunakan dron menurut MissionGO.

Pihak hospital dikatakan sedang menjalankan ujian keatas organ-organ yang dihantar, dan akan memberikan maklum-balas jika terdapat sebarang kesan sampingan kepada organ-organ yang dihantar melalui dron ini.

MissionGO mengatakan bahawa jika organ-organ tersebut tiada cacat cela selepas keputusan ujian dikeluarkan, ini bermakna bahawa teknologi dron boleh digunakan untuk menghantar organ kepada mereka yang memerlukan dengan kadar segera.

Mereka juga akan melakukan misi penghantaran tambahan pada penghujung tahun ini dan tahun hadapan dengan klinik dan hospital tambahan untuk menguji keberkesanan sistem penghantaran ini.



TIPS & ULASAN