Cari @ Amanz

Setelah sekian lama diminta oleh pelanggan lebih-lebih lagi semasa PKP berlangsung, Tunetalk hari ini mengumumkan pelan terbaru Tune Unlimited mereka. Menerusi pelan ini pelanggan dapat menikmati perkhidmatan Internet dengan data tanpa had pada harga langganan RM48 sebulan.

Pelan Tune Unlimined menghadkan kelajuan Internet ke 6 Mbps sahaja tetapi panggilan telefon ke rangkaian lain adalah percuma. Turut diberikan ialah kuota data 5GB sebulan untuk penggunaan hotspot. Untuk terma dan syarat perkhidmatan sila ke laman Tunetalk menerusi pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd