Carian
Perisian Hasad SlothfulMedia Ditemui Melakukan Serangan Siber Di Malaysia
October 2, 2020 Effi Saharudin

Serangan siber menjadi-jadi sejak semakin ramai insan menggunakan komputer untuk melakukan aktiviti perbankan, pembelian dan pembayaran bil. Terkini Jabatan Pertahanan (DOD) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika (DOHS) Syarikat mengumumkan penemuan perisian hasad SlothfulMedia yang melakukan serangan siber.

Yang menjadikan berita ini lebih serius ialah SlothfulMedia telah melakukan serangan di Malaysia, India, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Rusia dan Ukraine. SlothfulMedia mencuri data pengguna meneresi teknik merekod kekunci dan mengubah fail pada peranti yang telah dijangkiti.

Setakat ini DOD tidak mengatakan siapa yang bertanggungjawab melakukan serangan siber ini. Beberapa serangan siber yang dilaporkan sebelum ini dilakukan oleh penggodam dari China dan Rusia.

Komen