Cari @ Amanz

Bulan akan menjadi batu loncatan misi manusia ke Marikh dan seterusnya. Misi Artemis oleh NASA yang dirancang pada tahun 2024 akan mengembalikan manusia ke permukaan bulan sebelum memulakan pembinaan pangkalan untuk melancarkan misi ke planet-planet lain.

Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) telah mengumumkan perancangan untuk membina loji pemproses bahan api di permukaan bulan minggu ini. Loji ini akan menghasilkan hidrogen dari ais yang terletak di kutub selatan bulan menggunakan proses elektrolisis.

Ini kemudiannya boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga untuk kegunaan pangkalan, kenderaan bulan dan roket. JAXA akan bekerjasama dengan NASA dalam pembinaan loji ini seawal 2035.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd