Cari @ Amanz

Storan SSD Luaran SanDisk Extreme Dan Extreme Pro Diperkenalkan – Kelajuan Pembacaan dan Penulisan Data Sepantas 2Gbps

Oleh Nazrin

Link Copied!

SanDisk ialah sebuah jenama storan digital dibawah naungan Western Digital, dan mereka cukup dikenali untuk peranti-peranti storan luaran berdasarkan teknologi storan SSD yang pantas.

Terkini, mereka telah memperkenalkan siri storan SSD terbaru mereka, iaitu SanDisk Extreme dan SanDisk Extreme Pro yang menggunakan teknologi storan NVMe dengan kelajuan penghantaran data yang pantas.

Bermula dengan SanDisk Extreme, storan SSD luaran ini hadir dengan tiga pilihan kapasiti, termasuklah 500GB, 1TB dan juga 2TB. SSD ini hadir dengan kadar pembacaan data sepantas 1050MB/s dan kadar penulisan data sepantas 1000MB/s.

SanDisk Extreme Pro pula hadir dengan pilihan storan 1TB dan 2TB dimana kedua-duanya hadir dengan kadar pembacaan dan penulisan data sepantas 2000MB/s.

Lebih dari itu, kedua-dua storan SanDisk Extreme dan SanDisk Extreme Pro ini hadir dengan kemampuan tahan lasak, seperti tahan jatuh setinggi dua meter dan mempunyai sokongan kalis air dan debu IP55.

Untuk memastikan data anda kekal selamat, kedua-dua storan SanDisk Extreme dan SanDisk Extreme Pro ini hadir dengan ciri penyulitan data AES 256-bit.

Storan SSD luaran SanDisk Extreme ini sudah boleh dibeli melalui kedai atas-talian SanDisk di Lazada pada harga MSRP RM589 untuk model 500GB, RM999 untuk model 1TB dan RM1899 untuk model 2TB.

SSD SanDisk Extreme Pro pula akan mula dijual di pasaran tempatan pada penghujung bulan Oktober kelak pada harga MSRP RM1499 untuk model 1TB dan RM2599 untuk model 2TB.


Komen ()