Pelancaran Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 Ditunda Ke 29 Oktober

Pelancaran Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 Ditunda Ke 29 Oktober

Diterbitkan pada Okt 2, 2020 oleh .

Kad grafik Ampere terbaru keluaran NVIDIA, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3070 sepatutnya dilancarkan pada 15 Oktober kelak. Kad grafik ini ditunggu ramai kerana ia dikatakan setaraf dengan prestasi kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 pada harga lebih mampu milik.

NVIDIA baru-baru ini telah membuat sebuah pengumuman rasmi bahawa pelancaran kad grafik tersebut akan ditunda ke 29 Oktober kelak, untuk menambahkan jumlah stok kad grafik tersebut supaya ia tidak cepat habis dibeli.

Perubahan tarikh ini juga dapat dilihat melalui laman web NVIDIA sendiri.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa isu yang melanda siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 seperti masalah permainan tergendala akibat cip transistor yang tidak mengikut piawaian NVIDIA sendiri.

Terdapat kemungkinan bahawa sebahagian daripada sebab penundaan ini adalah untuk memastikan bahawa kad-kad grafik RTX 3070 tidak mengalami masalah yang sama seperti itu juga.

Sebagai penyegaran, NVIDIA GeForce RTX 3070 hadir dengan 5888 teras CUDA dan menggunakan memori GDDR6 sebanyak 8GB dan akan dijual pada harga $499 (~RM2390).



TIPS & ULASAN