Ada Masalah GPS? Apple Sarankan Anda Format iPhone & Apple Watch Untuk Selesaikan Masalah

Ada Masalah GPS? Apple Sarankan Anda Format iPhone & Apple Watch Untuk Selesaikan Masalah

Diterbitkan pada Okt 2, 2020 oleh .

iOS 14 dan watchOS 7 adalah sistem operasi baru untuk iPhone dan Apple Watch. Ia menawarkan pelbagai ciri dan fungsi menarik, seperti memberi pengguna lebih banyak peluang kustomasi, sokongan widget atyau juga berkongsi muka jam. Akan tetapi, Apple bukannya sempurna. Seperti Android, iOS juga mempunyai banyak pepijat.

Antara masalah yang berlaku adalah berlakunya masalah GPS pada iPhone dan Apple Watch. Data-data senaman, data perjalanan ketika berlari, data imbasan nadi, aplikasi Fitness yang tidak boleh dibuka, data dalam Fitness yang tidak tepat, laporan aktiviti yang hilang dan banyak lagi. Apple baru-baru ini telah hadir dengan jalan penyelesaian, iaitu mereka sarankan anda format sahaja kedua-dua peranti ini.

Tetapi, anda hanya perlu format peranti-peranti anda selepas nyahtambat Apple Watch dari iPhone dan membuat pengesahan semula akaun iCloud. Langkah akhir adalah kembalikan semula data-data anda dari sandaran yang telah dibuat.



TIPS & ULASAN