Carian
Huawei FreeBuds Pro, Watch GT 2 Pro, MatePad T 10s Akan Tiba Di Malaysia 10 Oktober Ini
October 2, 2020 Fahim Zahar

Pasaran Huawei sejak ke belakangan ini sedikit kurang menarik, lagi-lagi selepas mereka tidak dibenarkan menggunakan GMS. Tidak ramai orang boleh terima peralihan GMS ke HMS. Tetapi, itu tidak menghalang Huawei dari terus melancarkan produk-produk baru. Antara yang menarik adalah jam tangan pintar mereka dan aksesori audio.

Kini, Huawei FreeBuds Pro, Huawei Watch GT 2 Pro dan MatePad T 10s akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Oktober ini. Produk-produk ini sudah pun dilancarkan di China bulan lepas, kini giliran peminat Huawei di Malaysia lengkapkan lagi ekosistem HMS.

FreeBuds Pro adalah jawapan Huawei kepada Apple AirPods Pro, yang mana ia adalah TWS premium dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Pod pengecasan turut mempunyai sokongan pengecasan nirwayar. Huawei Watch GT 2 Pro pula memfokuskan kepada penggunaan tahan lasak dengan beberapa pembaharuan dari segi perisian. Ia kini menyokong ketahanan cuaca sejuk, mampu membaca data SPO2, dan banyak lagi.

MatePad T 10s pula adalah tablet kelas pertengahan mereka yang seimbang dari segi penggunaan hiburan dan produktiviti. Harga jualan walau bagaimanapun, masih belum diumumkan lagi. Sama-sama kita nantikan.

Komen