Google Menamatkan Sokongan Untuk DayDream Melalui Andoid 11

Google Menamatkan Sokongan Untuk DayDream Melalui Andoid 11

Diterbitkan pada Okt 3, 2020 oleh .

Google sebelum ini telah memfokuskan pembangunan dan pengintegrasikan perisian realiti-maya melalui apa yang dipanggil Daydream. Ia telah diintegrasikan terus pada sistem operasi Android, untuk memudahkan lagi pembangunannya.

Apa pun, kini Google secara rasmi mengumumkan penamatan sokongan perisian Daydream VR. Dengan pengumuman ini, aplikasi Daydream tidak lagi akan disokong melalui Android 11.

Sebelum ini, kita telah melihat sokongan Daydream dihentikan sedikit demi sedikit, dan pengumuman hari ini memperlihatkan penamatan sokongan untuknya sepenuhnya.

Bagi anda sendiri, adakah anda sempat untuk mencuba perkhidmatan realiti-maya Daydream ini?



TIPS & ULASAN