Tencent Memberi 10,000 Huawei Mate Xs Percuma Kepada Kakitangan Yang Kemudiannya Terus Dijual

Tencent Memberi 10,000 Huawei Mate Xs Percuma Kepada Kakitangan Yang Kemudiannya Terus Dijual

Diterbitkan pada Okt 4, 2020 oleh .

Huawei Mate Xs ialah antara peranti yang sukar dibeli di dunia kerana penawarannya yang amat terhad. Tetapi sebagai ganjaran kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi baik di tempat kerja, Tencent memberikan 10,000 Mate Xs sebagai ganjaran.

Kerana statusnya sebagai peranti yang diingini ramai, ada kakitangan yang terus menjualnya di laman jualan barangan terpakai pada harga yang tinggi. Semasa dilancarkan Mac lalu, Mate Xs habis dijual dalam masa yang amat singkat sehingga harga jualannya sekarang mencecah 2.5 kali ganda harga asal.

Di Malaysia Mate Xs juga ditawarkan dalam jumlah yang terhad pada harga RM 11,111 sebuah. Di China pula ia dijual pada harga RMB 16,999 (~RM 10,425) sebuah. Sambuta adalah amat tinggi kerana ia sebuah peranti premium dan walaupun tidak mempunyai sokongan GMS ia bukanlah isu yang besar di negara tersebut.



TIPS & ULASAN