Tali Jam Pintar Sony Wena 3 Dilancarkan Dengan Sensor Penjejak Kesihatan

Tali Jam Pintar Sony Wena 3 Dilancarkan Dengan Sensor Penjejak Kesihatan

Diterbitkan pada Okt 4, 2020 oleh .

Tajuk di atas tidak mengandungi kesalahan ejaan. Memang benar Sony telah melancarkan sebuah tali jam pintar Wena 3 yang direka untuk dipadankan dengan jam tangan biasa.

Wena 3 dilengkapi pelbagai sensor penjejak kesihatan seperti pengimbas nadi, kepekatan oksigen dalam darah, penjejak tapak dan memantau tidur pengguna. Ia turut hadir dengan sebuah skrin LCD sesentuh yang boleh memaparkan pelbagai maklumat seperti notifikasi dari telefon pintar yang ditambat.

Ia juga mempunyai kemampuan kalis air sehingga 5 ATM dan ketahanan bateri pula adalah sehingga 7 hari. Sokongan NFC membolehkan ia digunakan bersama kad Suica untuk pengangkutan awam dan akhir sistem pembantu maya Amazon Alexa juga disertakan.

Tiga versi Wena 3 ditawarkan dengan tali diperbuat daripada getah, logam dan kulit. Harga jualan bermula dari  24,000 Yen (~RM 949) seutas. Bagi pemilik jam tangan analog yang masih inginkan kemampuan pintar, tali jam pintar seperti Wena 3 ialah alternatif yang menarik.



TIPS & ULASAN