Cari @ Amanz

AMD dijangka akan melancarkan siri kad grafik terbaru mereka, AMD Radeon RX 6000 pada penghujung bulan ini.

Siri kad grafik ini, yang terdiri daripada kad grafik AMD Radeon RX 5700 dan AMD Radeon RX 5700XT dibangunkan menggunakan cip grafik Navi 10 dan teknologi RDNA pada tahun lepas.

Terdapat laporan yang mengatakan bahawa arahan tersebut dikeluarkan untuk membolehkan kilang-kilang mereka memfokuskan kepada pembangunan kad grafik AMD Radeon RX 6000.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pelancaran siri kad grafik baru tersebut akan hadir dengan model-model yang akan menggantikan siri RX 5700, tetapi apa yang pasti ialah mereka akan hadir dengan kad grafik yang bakal menandingi NVIDIA di pasaran tidak lama lagi.

Menariknya, kad grafik AMD Radeon RX 5600 masih lagi sedang dibangunkan, dimana ini memperlihatkan fokus AMD terhadap pasaran gaming premium apabila acara pengumuman tersebut tiba kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd