Carian
Facebook Menjawab Pertuduhan Dari Dokumentari The Social Dilemma
October 5, 2020 Effi Saharudin

Dokumentari The Social Dilemma adalah antara kandungan sohor kini di Netflix selepas diterbitkan bulan Ogos lalu. Menerusinya platform media sosial dituduh menjual data pengguna, menjadi alat propaganda dan menyebabkan ketagihan Internet di kalang pengguna. Facebook minggu lalu telah mengeluarkan senarai balas kesemua pertuduhan yang dilempar ke arah mereka di alam dokumentari tersebut.

Senarai menjawab tujuh pertuduhan mengenai isu ketagihan, pelanggan dilihat sebagai produk, algoritma, data, pilihanraya, maklumat palsu, dan kandungan yang menerbitkan polarisasi. Menurut Facebook, The Social Dilemma memberikan gambaran yang tidak benar mengenai platform media sosial dan sekadar ingin mencari kumpulan yang perlu dipersalahkan ke atas masalah semasa.

Tambah mereka lagi, penerbit dokumentari tidak menyentuh pula inisiatif yang telah dilakukan pemilik media sosial untuk menyelesaikan isu yang disentuh. Sekiranya anda ingin melihat jawapan yang Facebook mengenai tujuh topik utama The Social Dilemma, anda boleh membacanya menerusi pautan di bawah.

Komen